Pada 11 September 2016 ( Ahad ) bertempat di Bilik Gerakan dan Ruang Legar Kawasan 3 , Unit Agama Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Program ?World #QuranHour : Berinteraksi Dengan Al-Quran, Cinta Dan Syukur? di kalangan kakitangan Penjara Simpang Renggam dan Penghuni. Program ini melibatkan 50 kakitangan dan 100 penghuni. Program diteruskan dengan sesi ceramah bertajuk ?Kenapa Perlu Bekorban? yang di sampaikan oleh Ustaz Ishak bin Mukhtaram. Program ini juga dapat menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai satu kebiasaan sehingga menjadi satu gaya hidup seorang muslim bagi menjadikan dirinya manusia yang berakhlak di mana jua.
""